Wednesday, December 21, 2011

lelaki

"Anak lelaki perlu sentiasa bertanya khabar dan menziarahi kedua ibu bapanya dikampung terutama sekiranya mereka telah tua dan uzur pula. Amalan ini penting kerana kebahagiaan itu bukan terletak pada harta sahaja tetapi ianya terletak di hati dan sanubari cinta dan kasih kepada mereka semata-mata kerana mencari keredaan Allah SWT.
Isteri harus menyayangi dan mengasihi ibu dan bapa mertuanya dan dia tidak boleh hanya mementingkan ibu dan bapanya sahaja kerana anggaplah bahawa ibu bapa suaminya adalah sama seperti ibu dan bapanya sendiri.Oleh itu seorang suami janganlah terlalu mengikut kehendak isterinya sekiranya dia menghalang suaminya berbaik-baik dengan kedua ibu bapanya sendiri hingga dia tergolong sebagai anak yang derhaka dan tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT, nauzubillahi minzalik."


*entah kenapa... biasanya drama tipikal melayu.. bila selesai je akad nikah, pengantin perempuan mengalirkan air mata... tp terbalik plak bila tgok senario yg berlaku di masjid depan rumah ak... 2 pasang pengantin, kedua2 pengantin lelaki yg mengalirkan air mata selepas akad nikah... mgkin sebabnya spt tertera di atas..

No comments:

Post a Comment

ApPrEcIaTe iT wHeN I aM sTiLL AliVe~
♥♥~TENX READERS~♥♥